Saturday, April 18, 2015

Adil ? 

Dulu cikgu aku kata, dalam hidup ni memang banyak benda tak adil berlaku. So nak tak nak kena lah 
tempuh. Betul lah tu. Manusia yang tak berlaku adil. Usah pertikai adilnya Allah itu. Sejujurnya, aku
 pernah terfikir. "Kenapa hidup aku tak macam orang lain. Kenapa mesti macam ni. Kenapa itu, kenapa ini, kenapa tak ada yang best?" Sebenarnya aku bukan lah dlm golongan orang susah, mahupun berada tapi perasaan 'Ingin' tu selaluuuuuuuu je muncul dalam diri ni. Aku rasa mungkin aku belum matang untuk membezakan kehendak aku. Mungkin aku terlalu terpengaruh dengan gelagat anak-anak orang 'loaded'. 

Hidup aku dekat universiti tak macam orang lain. Tak penuh kemewahan. Tak setiap kehendak aku peroleh. Aku tengok kawan aku, kebanyakannya semuanya complete. Seronok je aku tengok hahahaha. Tapi pernah sekali aku dengar kawan aku on call dengan mak dia marah-marah minta duit *Nauzubillah min zalik. Sebenarnya bagi aku benda2 untuk enjoy ni tak penting pun berbanding belajar sebab niat kita pun untuk belajar. Sedih bila tengok student ni hidup gaya loaded tapi sebenarnya family susah. Bagi aku, nampak selekeh even nampak 'miskin' dekat u takpe, dah nama pun student kan? Logic aa sengkek. 

Hm meleret dah. 

Pernah tak rasa sedih tiba-tiba? Sebenarnya masa dekat u, aku selalu rasa macam tu. Selalu nangis tetibe. Aku pun selalu la contact parent aku sebabnya ingatkan rasa tu muncul sbb kurang perhatian dkt parent. Tapi....... haa tak hilang sgt rasa tu. Last-last abah aku cakap, "Cuba check balik hubungan dengan Allah" Waktu tu la baru aku sedar ya Allah dah nak habis sem, baru sekali aku buka Al-Quran. Tu pun masa mula-mula masuk. Mungkin dosa aku dah banyak sangat sebab tu tak tenang-tenang hati ni. Mungkin sebab aku selalu tak bersyukur. Tapi tulah manusia, mudah lupa, muda alpa. Aku lah tu, bila final start, baru nak melekat atas sejadah. Lepas habis je final aku mula tak bersyukur semula. Aku tengok kawan aku update, holiday sana, holiday sini. Hm mula rasa hidup aku ni tak adil.

Okay, nak jadikan cerita, semalam tok sedara aku masuk wad. Nazak. (Harap di sedekahkan Al-Fatihah). Aku tengok macam mana dia bernafas melalui alat bantuan. Masa aku datang, bantal nya penuh darah. Muka, badan berselirat dengan wire, masuk sana masuk sini ya Allah, aku yang tengok pun sakit. Tak lama lepas tu, aku keluar koridor sebab aku tak sanggup nak tengok, then abah aku follow aa belakang aku. Abah aku cakap,

"Sedar tak tentang nikmat kesihatan?"

Aku renung abah aku sebab aku blur. Blur sgt maklum la, tengah sebak. Lepas tu abah aku cakap yang kebanyakan orang tak sedar, tak syukur tentang nikmat waktu sihat. Bila sakit baru sedar. Waktu tu aku baru sedar, aku lah antara 'kebanyakan orang' yang abah aku cakap tu. Yang aku tahu, aku nak hidup senang, nak bercuti nak itu nak ini. Aku tak syukur, sedangkan, hidup orang lain lebih susah dari aku. Sedangkan aku? Penuh dengan nikmat Allah. Sejak dari tu, aku mula lebih menghargai. Hargai semua orang, semua benda, hargai kehidupan aku sekarang. Sebenarnya, hidup aku ni indah. Indah sangat sebab penuh dengan orang yang aku sayang dengan semua yang aku ada. Tak wujud perkataan TAK ADIL dalam hidup ni. Allah dah tetapkan semua yang terbaik untuk kita. Semat pada dada, pada diri "Semuanya berlaku, pasti ada hikmah" Terima kasih untuk sebuah pengajaran.

No comments:

Post a Comment