Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhwamaghfirotunwaridwan...
Pergi mencari sebuah menara,
Sambil belajar berbagai bahasa.
Salam dihulur, pembuka bicara,
Mohon maaf jika terasa.
Ehem2, sebelum saya mulakan bicara yang mungkin sedikit sensitif pada masa kini, saya harap anda dapat menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah atuk saya yang telah meninggal dunia pada 5/06/12. Okayy, back to my story, saya bukan nak berpolitik. Tapi saya rasa tidak keterlaluan jika saya mengatakan perhimpunan bersih 3.0 tidak berguna. Kenyataan saya ini sesungguhnya tidak membawa maksud saya menyebelahi mana2 pihak. Saya sedar saya masih belum cukup matang untuk menyokong mana2 pihak. Sebagai seorang pelajar yang mempunyai sifat ingin mengetahui, saya ingin bertanya bahawa perlukah kita membuat masalah di negara kita yang telah sediakala aman ini. Sedarkah rakyat bahawa ianya tidak membawa keuntungan kepada mana-mana pihak. Kita sebagai rakyat yang setia akan negara serta rakyat yang mempunyai tatasusila serta adab perlu bijak memainkan peranan. Seharusnya, kita mendengar daripada kedua-dua belah pihak. Saya percaya, jika kita tidak menyukai sesuatu mahupun seseorang itu, maka, tidaklah kita menyukai akan semua perbuatan ataupun apa-apa yg dilakukan. Jika dilihat, benarkah perhimpunan ini membawa kepada kebaikan pilihanraya yang bersih dan adil? Pada pendapat saya sebagai seorng pelajar, bagi saya ianya hanyalah membuang masa. Cuba perhatikan, photo dibawah.
![]() |
| tidakkah mereka ada kerja yang lebih berfaedah? Sudah selesaikah tanggungjawab mereka kepada ibubapa? Anak serta isteri? Tanggungjawab sebagai pelajar? Sudah cukup ilmu didada mereka? |
Sejujurnya, saya tidak kisah, serta tidak berminat akan perihal masalah ini. Tetapi saya sedikit terkilan dengan apa yang telah berlaku di tanah suci mekah. tanah suci ? Semua tahu kan ?
Jika dilihat daripada sudut pandangan yang lebih matang, dapat kita lihat sesungguhnya, perhimpuanan itu tidak seharusnya berlaku! Apa kaitan kota suci ini dengan masalah negara ini ? Lihatlah! Sudah timbul isu dimana rakyat Malaysia berkemungkinan tidak lagi boleh menunaikan haji. Jika itu berlaku. MasyaAllah. Berdosanya mereka yang bertanggungjawab itu. Bayangkan, jika seseorang itu tidak dapat menunaikan haji pada tarikh yang ditetapkan? Kemudian, beliau telah meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji ? Saya tahu boleh melakukan upah haji. Tapi niat suci seseorang itu mungkin telah terpadam. Mengapa harus menggunakan nama Islam untuk mendapatkan sokongan. Seharusnya dapatkan lah sokongan daripada Allah SWT.
Okayy lah. Saya malas nak tulis dh. Hahaha. Saya cuma mengharapkan pengertian pihak2 yang bertanggungjawab. Sekian. Terima kasih.


No comments:
Post a Comment